my current addiction

Posted by :: s o l :: at 11/26/2009 09:53:00 AM 1 comments

jom nyanyi. jangan lupa tarik mic sampai dahi ok! hikhik..

Jac- Bertamu di Kalbu

Ku genggam semilir malam

Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

pengumuman!!!

Posted by :: s o l :: at 11/25/2009 12:11:00 AM 3 comments
pengumuman, pengumuman ibu bapak tolong aku. kasihani diriku.. siapa yang mahu.. dari musim durian, hingga musim rambutan.. tuk cari pengubat rindu.. tuk cari kekasih hatiku~~~

wakakakaa harap maaf lirik lagu wali itu tiada kena mengena dengan entry ini. lawak sey lagu ni. lagik tambah lawak bila naomi cakap- sedihlaa lagu ni, terasa laa pulak. hahahahaha klakar.

ok kita tinggalkan percakapan tadi. mari kembali kepada topik asal.

adapun i am now a proud dealer of deZahra!!!
yeeeeeeeeeeeeha ai loike. maka korang kalu teringin mahu pakai tudung mereka boleylaa order dengan saya ok. sila cuci mata sampai rambang mata kat sini.

korang tengok tak drama series nur kasih @tv3? musti korang layan kan drama yang tengah hangat ni hehe. kalu korang pasan tudung-tudung yang ayu raudhah or dalam drama tu dia as aliya bini si jagat opsss aidid daaa hahahahaha silap. ok sambung. tudung yang aliya pakai mostly **or all of it?? tak sure plak aku** dapat sponsor dari deZahra. santek santek kan tudung dia? :)

oh ye, my ready stock nanti akan saya tepek di blog tulip ye. bagi can aku nak beraya haji sakan dulu tau ekekeke nanti ku tepek dengan gigihnya. tungguuuuuuuuuuuuuuuu~~

sebelum tu aku tepek 2 tudung yang kompem jadik my ready stock for your eye candy. ni sume ambik dari official website:


santek kan? :)
for my complete ready stock sila tandakan tarikh ini di kalendar anda haahahaha satu penipuan telah berlaku. takde tarikh ok. jangan marah. raya nak dekat dah ni.

ok korang, aku nak wish selamat hari raya aidiladha.
aku nak balik mentakab, pahang khamis ni insyaAllah. jauh perjalanan tu namun tak terasa dek kerinduan yang sarat di hati. cheh jangan percaya kata-kata ini. belum pun sampai rnr bukit gantang yang jual aneka buah-buahan tu aku nak pengsan dah hahahaha. apatah lagi che abg syg ku yang memandu, musti lagik penat. cian dia. nanti aku hadiahkan laaa urut-urutan ikan manja di kaki aci tak?

so esok will be no update sebab aku ada meeting kat langkawi. ummi order sudu 4 dozen. sume sudu di rumah sudah hilang kah? ayah pulak nak kain pelikat benang 7 ribu. ayah aku tu asai aku pi langkawi je nak order kain pelikat walhal kain pelikat dia dah 80 pasang kot sabo jolaa. dia cakap ni kain pelikat raya pulak. layan aje laa kehendak ayah kesayangan ku itu. untuk adik-adik ckelat daim sudah hahaha.. my gunit tanya sila jangan jeles hikhik.. ;p

ok korang. enjoy your holiday. raya tu raya jugak ibadat korban kalu ada rezeki lebey tu boleylaa tunaikan ok. tak dapat lembu sekor, satu bahagian pun jadiklaa ahaks.

jumpa nanti di lain masa bersama koleksi tudung deZahra yang cun belaka. pasti korang tambah anggun berseri-seri bila pakai tudung ni tau. dan jangan khuatir, tudung ni sume tutup dada ok. kualiti kain pulak memang tip top wa cakap sama lu, bai.

salam,
sol yang chomei :)

mood hepi kerna mahu jumpa keluarga yang dirindui kurang 48jam dari sekarang! aish beshnye tak terkata kalu sambung tulis lagi sampai tak tido kang esok lambat sampai jeti kuala perlis pulak dahle nak kejar feri kol8 pagi sekarang pulak cuti sekolah musti penuh aje feri. tensi ai................. ok sudah. titik

mari test mata

Posted by :: s o l :: at 11/24/2009 12:55:00 PM 2 comments
ditepek dari emel yang dipanjangkan, harap maklum.

Look at the picture below very carefully
Have you noticed the girl in the background?
Noticed her bottom?

Well look at the picture carefully!

if your answer is YES, then go and see an OPTOMETRIST!!!

What you see is the shoulder of the girl taking the picture!!!


wakakaakaka... amcam korang? nak kena jumpa doktor mata tak? ;p

kisah seram sejuk

Posted by :: s o l :: at 11/24/2009 10:22:00 AM 0 comments
teng teng teng~~~~ intro muvi seram.
sila offkan mobile phone anda. hihi..

kisah ini adalah kisah benar. memang ada kena mengena dengan yang hidup. yang mati wallahu 'alam huhuhu...

alkesahnya begini.
di satu malam ahad yang gelap dan ujan, malam ahad lepas laa ni kami sekeluarga pulang dari kampung di kuala ketil menuju kangar laa. mau balik rumah. suasana malam yang sepi, kami hanya ditemani radio sinar fm memutarkan lagu-lagu carta sms sinar.... mantap beb! wakakakaa..

kami kat hiway, lane kanan. lepas alor star, sebelum jitra. ntah di mana exactly aku pun kurang pasti. keta depan belakang takdak, jarak dengan keta lain agak jauh juga. kemudian tidak semena-mena aku nampak lampu terang kat depan mata!! ya Allah ada motor betul-betul tala ke kete kami. nak bertembung dah. gilak! aku jerit- abang!!!!!!!!!!!! my che abg syg pun elak ke lane kiri dan sempat balas balik. nasib tak langgar guardrail.

ish ish mengucap panjang both of us. aku peluk syahmi sikit punya kuat. dia tengah syok lena plak baru lepas menyusu. nasib laa takde keta kat lane kiri masa tu. orang mabuk ke hape bawak motor camtu huhuhu. tak elak kami langsong.

aku sempat toleh belakang nak tengok kot kot moto tu eksiden ngan keta belakang kami. takde pape, sume seems ok aje. tiada lampu belakang moto jugak kelihatan. takpelaa kan maka kami pun meneruskan perjalanan dengan dupdap dupdap huhuhu. alhamdulillah kami selamat sampai rumah in one piece.

then semalam masa lunch bersama, kami belek paper. kot kot laa ada cite motor eksiden area kejadian. nan ado. then my che abg syg melontarkan soklan yang bikin gue resah gelisah jiwa parah **tiada kaitan**- camne kalu bukan moto semalam tu? huhuhuhu..

teng teng teng...
ada possibility tak? kerna seingat aku bila aku toleh belakang memang takde pape. memang ada kan kes kete moto terbabas kononnya depa state nak elak bertembung ngan kenderaan yang datang dari arah depan. huhuhuhu seremmmmmmmmm makcik..

the end

morale of the story: lenkali bawak keta malam-malam pasanglaa surah alquran ka, zikir kaa. jangan layan lagu rock kapak wakakaakaka.. ;p

ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua yang bakal jalan jauh and jalan dekat pun tak kesahlaa raya haji nanti-
  • berhati-hati di jalanraya, ingatlah orang tersayang..
  • periksa dulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan. kalu perlu diservis, servislah dulu..
  • jangan lupa baca doa naik kenderaan.
  • kalu ngantuk rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan.
  • semoga selamat pergi dan balik ok.
  • rumah jangan lupa kunci leklok. nanti ada orang lain pulak yang beraya dengan rete bende kita huhuhu..
  • let the lembu dan kawan-kawannya saja yang terkorban huhuhu..

pssst.. adapun aku masih seremmmmmmmm huhuhu..
terbayang lagik weih lampu motor tu terang giler depan mata aku.

sekian

aku di dalam twilight zone

Posted by :: s o l :: at 11/23/2009 04:03:00 PM 7 comments
ngantuk ni. baru sampai dari langkawi. bukan holiday ye tapi pi meeting. bosan. rabu ni kena pi lagik. sakit pala aku. umat manusia sikit punya ramai, kan sekarang cuti sekolah.

letih. nak tido............ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
sebelum aku ketiduran depan pc opis ni mari review muvi twilight kegilaan ramai ini termasuklah adikku kamelo.

malam tadi sebelum lelap mata, layan twilight kat hbo. ke star movie tak hengat. aritu layan downloaded version tapi sound sangat kureng tak dengar apo depa sembang sampai aku tertidur tengok. dahlaa cite tu asik renung renung jeling jeling pandang pandang. panjat panjat pokok. tolonglah romantik sangat ke camtu. aku seriously tak paham what the fuss is all about.

sume sebab robert pattison (ejaan??) eh? hensem sangat ke? muka dalam muvi ni dimekap macam tepung gomak ngan rambut serabai camtu ke yang sume orang dok gilak-gilakan. tak paham aku. ok, rule of thumb vampire memanglah muka pucat tapi ni ntahlaa. ni sume teenager's raging hormones lah aku rasa penyebabnya hahahaaha..

anyway, aku masih nak tengok their coming movie- new moon. nak tengok itu jacob gado sama robert. biasaklah tu vampire gado sama werewolf. alaaa tengok, nama robert dalam muvi ni pun aku bleh lupa wakakakaa. cullen. apo cullen ntah. kristen aku ingat- bella. ntahlah, maybe aku patut baca novel dulu. tapi kalu itulah muvi vampire yang ramai sangat gilak gilakan tu, well aku agak frustated. mungkin kerna aku letak expectation a bit higher than usual. yelah, dah ramai sangat huha huha sana sini kecoh cakap best sangat. cheh!

hype. hype. hype.
aku personally still prefer 'queen of the damned'. the best vampire muvi ever yang pernah ku tonton. bijak sedikitlah ceritanye. oh mungkin juga aku bias sebab stuart townsend jadik vampire yang lead vocal band rock dalam muvi ni ahaks hahaha sampai aku kepingin nak beli soundtracknye. bertuah la ko charlize theron digeget stuart wakakaka.. ;p


ok. serius takleh tahan ngantok. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........
neno neno neno...

arghhhhhhhhhhh

Posted by :: s o l :: at 11/20/2009 11:38:00 PM 3 comments
cilakak!!
dem it!!

ye. aku menulis sejurus ketahuan finalis musik muzik tadi.

poor jinbara. lirik dan lagu best gilak pun tak terpilih. juri pekak nada eh?

hey tomok, lagu ko tak sedap langsong! kompem tak menang lah! sebok je. ngan pesyen rambut ko tu ingat hensem abes la tu. dan lagu black tu lagi satu, ntahapoapo. blah laa..

dahlah. sekian. nyampah. nak tengok lady gaga kat mtv pulak. hahaha tetiba je.
tapi shila best laa tadik. ngehngehngeh..

go jinbara go!!

Posted by :: s o l :: at 11/20/2009 10:31:00 PM 0 comments
yeay astro baik hati tak-buat-perangai-meragam dia arini. for the 1st time in 2 weeks kot, aku dah lost count, lantaklah kan.. arini baru laa boley tengok tv!!! musim hujan ni kan, paham-paham jelaa kondisi astro yang tenat. mencik!! call your supervisor now!!! hahahaha.. lawak emel yang pinku sent itu.

so malam ni baru lah ku tahu ada separuh akhir muzik musik. minggu terakhir plak tu ciss.. sebagai peminat musik rock kapak yang bias hahaahah maka saya sokong jinbara- patri. lagu yang sangat best!!!

so mari sama-sama kita tunggu. kalu jinbara tak masuk kompem aku buat entry lagi satgi wakaakakaka... ;p

cutest baby in blue contest

Posted by :: s o l :: at 11/16/2009 01:42:00 PM 10 comments

dengan ini saya telah terjebak untuk julung-julung kalinya masuk contest hihi. ini adalah biodata orang di dalam gambar:

muhammad syahmi bin mohd nazwan
1 tahun 2 bulan 16 hari
(baby merdeka 2008)

gambar-gambar beliau yang mempunyai unsur kebiruan adalah seperti berikut:

:: syahmi memakai topi biru dan baju ada jugak sedikit unsur kebiruan gitu hahaha ::

:: syahmi baru lepas tertomoih melasak masih tersenyum gumbira. mungkin kerna dia memakai baju biru? ;p ::

:: syahmi in baby blue t-shirt ::

3 gambar diletak kerna saya suka akan angka 3 ahaks **sebenarnye gambo ni jek yang jumpa dalam pc ni ada kene mengena ngan contest wakakaka**

selamat memilih ye para juri.
macehhh.. :)

selamat bertunang, bos!!

Posted by :: s o l :: at 11/14/2009 11:29:00 PM 4 comments
tarikh : 14 nov 2009
lokasi : behor goncar, kangar, perlis.
agenda : majlis pertunangan bos- en.khalid

:: sebahagian daripada rombongan meminang, ewah ewah.. naemy kemain khusyuk nak amik berkat ahaks ::

:: upacara membatalkan air sembahyang. hey hey bukan daa hahaha nisa nak sarung cincin tanda. dupdap dupdap.. hey hey tangan siapakah itu kaco je tau ::

:: yeay selamat sudah. inilah bakal ma'am beso kami- kak fiza.. ::

:: aiseh adakah tangan photographer menggigil kerna kesantekkan saya? wakaakaka.. ::

:: aip aip syahmi, tunangan orang tu nakkk.. ::

:: punca anak-beranak sebegini aneh kelakuannye masih tidak dapat dikenalpasti sehingga kini. ish ish ish.. ::


tahniah bos!! **dan macehh banyak-banyak kerna sudi berkongsi hadiah hantaran, ye.. muahaha**

semoga kekal ke jinjang pelamin. amiinnnnnnn..
kami sume tak sabar nak makan nasi minyak bos ni. yeeeeeha!

kangar banjir!!!

Posted by :: s o l :: at 11/09/2009 09:39:00 AM 0 comments
huhuhu cuaknye makcik..

semalam mak aku called, aku dok busy sket xdapek nak angkat on the spot. sebenanya dia baru tengok berita tv kangar sudah banjir. makanya lagi laa dia risau dah aku xangkat mobile phone. tapi takpa, sudah call dia balik. hihi cian ummi. gundah-gulana kelibang-kelibu hatinya mengenangkan anaknya yang chomei ini *percakapan tiada kaitan yang sia-sia*

tapi sesungguhnya memang banjir dah ni.
tak sangka pulak keluar berita sudah. dah asik hujan je kat sini maka astro mana ada, aku pung tak tengok tv laa.

belakang rumah aku ada bendang, abes dah dinaiki air semuanya. adehhh kalu hujan turun lagi besar kemungkinan cecah rumah aku gak banjir ni. huhuhu~~ kena bersiap sedia segala kemungkinan nih.

hope not!
amiinnnnn..........
 

:: soli.kezu :: Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez